Khamis, 27 Disember 2012

welcome back

Assalamualaikum,
rasanya dah 8 bulan aku tak menulis kat blog ni.Rasa cam tak dak apa yang nak diceritakan.
..Alhamdulillah. 
Allah telah makbulkan doa aku dan husband untuk mendapat zuriat.Aku sekarang tengah pregnant 7+ bulan.Moga-moga zuriat yang aku kandung sekarang kuat sehingga dilahirkan. Kepada kawan-kawan dan keluarga yang banyak sedekahkan doa untuk kami aku ingin ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik hampa semua. 
Ok la. Aku nak sambung wat keja dulu. Wassalam.

Rabu, 18 April 2012

~bidadari syurga~

mati itu pasti..hari isnin lepas masa nak start nak buat 5s akak opis aku inform akak sebelah opis aku meninggal.terkejut aku.anak akak tu baru umor 6 bulan.baby tu nama nur damia batrisya.damia meninggal di umah pengasuh.orang opis akak bie(mak damia) bagitau damia lepas sebab ada budak lain letak bantal atas muka anak kak bie.masa kejadian pengasuh call kak bie kat opis inform yang damia tak bergerak.kak bie mintak basuh muka damia dengan air.pengasuh damia cakap husband dah hantar ke hospital.kak bie terus nak pergi hospital tapi tergerak hati nak pergi rumah pengasuh dulu.pegawai kak bie kat opis call tanya hospital putrajaya dan hospital putrajaya inform xdak orang hantar baby tu.masa kak bie sampai kat umah pengasuh dia tengok sekujur tubuh kecil damia masih ada kat sana.pengasuh dia tipu dia rupanya.dia tengok bibir damia dah biru.kak bie terus bawak damia ke hospital.doktor damia dah x ada.sedih sangat rasa masa aku dengar opismate kak bie crita.untuk kak bie, ieda harap kak bie tabah mengharungi dugaan ni.syurga menanti bidadari kecil kak bie. we love u damia.al-fatihah.

Khamis, 29 Mac 2012

SABAH PART 2

2nd day
pagi-pagi terus kemas beg sebab nak g breakfast dan terus check out.breakfast kt Kinabalu Pine Resort ada 3 pilihan ja.menu tempatan, western dengan japanese kot.kalo x silap aku la.husband aku pilih menu tempatan (nasi goreng seafood) dan aku plak pilih western.lepas makan kami tangkap gambaq kat area resort sebab pemandangan cantik kat resort tu.kita bleh tengok puncak gunung kinabalu.lepas dah abis bergambaq terus check out.destinasi pertama kami adalah tempat ala-la new zealand.cantik pemandangan kat sana tapi bau taik lembu je yang xtahan bila dah kluar dari kereta.tapi xpa la sebab dah bayar RM3 sorang masa nak masuk terpaksa la masuk gak.kalo dak rugi plak.kat sana kita bleh beli susu lembu yang fresh.sedap wooo susu lembu asli.hehehe.pastu kami g ke mesilau.orang yang minat panjat gunung bleh start panjat dari mesilau gak selain dari kinabalu park.lepas dah abis jalan-jalan kat sana husband ajak p Poring Hot Springs.nak masuk kat sini kena bayar RM3 sorang.husband aku ajak p canopy walkway (naik jambatan gantung) kena bayar RM3 sorang lagi.kalo bawak camera kena bayar RM5.aku ingatkan canopy walkway ni jalan2 atas jambatan gantung je rupanya kita kena panjat kaki gunung untuk sampai ke jambatan gantung.rasa letih sangat masa panjat sebab dah lama xaktif kan.jadi mengah la skit.lepas dah turun bawah cuaca plak mendung. aku ajak husband p rendam kaki kat kolam air panas.masa tengah merendam tu tiba-tiba hujan turun plak.kena la tunggu hujan reda dulu.petang jugak la kami kluar dari sana.then terus bertolak balik ke Kota Kinabalu. on da way kami singgah kat Pasar Nabalu.kat sini harga t-shirt dengan key chain murah skit berbanding dekat pasar filipine.lepas dah abis memborong key chain terus gerak balik ke Promenade Service Apartment.Malam kami makan kat pasar malam sana.rupa-rupanya kat KK ni semua benda kita kena mintak kurang..nak makan ikan bakar kat sana pun kita kena tawar menawar harga ikan bakar tu.lepas dah kenyang aku terus balik ke bilik untuk zzzzzzz....
k la..nanti kalo rajin aku update 3rd day plak.
wassalam.















Rabu, 28 Mac 2012

SABAH PART 1

akhirnya...aku selamat pulang dari melancong ke Sabah.bukan nak buat poyo tapi just nak share pengalaman aku sepanjang di sana.mungkin ada segelintir orang akan cakap 'dia tak pa la bleh p jalan-jalan sebab x dak anak lagi.tapi bagi aku, ada aku kesah.xpayah la nak bagi alasan xbleh nak p jalan-jalan kalo dah ada anak kecik ni.jangan jadikan anak sebagai alasan ye.masa aku g Sabah haritu ramai ja yang bawak anak kecik..ada yang bawak anak berderet lagi.aku paling sakit ati kalo cakap kat aku camtu.ingat aku ni xdak perasaan ka.Mungkin Allah bagi rezeki awal dekat korang..aku redha.
ok la..xmau pikir pasal dorang yang sangat menyakitkan hati aku..
meh aku cerita detik-detik manis sepanjang aku di Sabah.

1st Day
 mula-mula aku sampai dekat Kota Kinabalu Airport aku kena tunggu hampir sejam untuk kereta sewa yang husband aku dah booking awal.Kami booking kereta saga blm tapi yang sampai kereta myvi tapi xpa la sebab rate harga tetap RM100/hari.sepatutnya harga myvi baru cam yang kami dapat harga RM160/hari.Pastu kami terus g check in Promenade Service Apartmert. nasib baik bleh check sebab masa kami p awal lagi..Promenade Service Apartment ni murah je rate dia.kalo dah bayar online cam kami bleh dapat harga RM50/day..kalo g walk in dalam RM70 lebih la.bilik yang kami dapat besar jugak la.siap ada dapor lagi.sangat puas ati.beg baju kami simpan dalam keta dulu.lepas rehat kt hotel, kami p makan kat area pekan KK.Then husband ajak g Kinabalu Park.Jauh gak KK ke Kinabalu Park.on da way, kami singgah dekat rumah terbalik kat kampung Bentayan, Telibong.kalo nak masuk rumah ni kena bayar RM10.kalo nak masuk xbleh tangkap gambar.pastu bleh masuk 10 minit ja.aku xmasuk pun.just tangkap gambar kat luar ja..lepas dah abis bergambar kami terus g Kinabalu Park.nak masuk Kinabalu Park ni kena bayar RM3 seorang..Kinabalu Park tempat untuk orang yang p mendaki gunung Kinabalu tapi aku p la platform untuk orang start mendaki.tempat ni sejuk sangat.lagi sejuk dari cameron highlands.lepas dah abis pusing-pusing husband cadang nak jalan-jalan lagi kt area kundasang.soo kami pun check in kat Kinabalu Pine Resort.harga RM195 untuk 1 bilik sekali dinner dengan breakfast.makanan untuk dinner dengan breakfast berbaloi la.rasa pun bleh tahan.yang aku suka depa punya pelayan.sangat-sangat peramah. kat bawah ni gambar-gambar aku masa 1st day.

rumah terbalik
rumah terbalik.

kereta pun terbalik jugak

Kinabalu Park

tempat untuk start mendaki








ok lah...nanti aku update 2nd day plak.wassalam..

Sabtu, 3 Mac 2012

hobi oh hobi

boring betol bila kena dok sorang-sorang kat umah ujung minggu camni.tapi xpa la.nak support hobi husband punya pasal kan.kena redha je la.mesti sume orang ada hobi yang tersendiri.macam aku dulu suka baca novel.skang dah malas nak baca dah sebab skang lebih suka tengok tv ja.hahaha.husband aku plak dari zaman bujang sampai skang suka sungguh panjat gunung.dulu zaman sebelom kawen dengan aku tiap-tiap tahun dia g panjat gunung kinabalu.dia ingat lepas kawen aku nak la join hobi dia tu.tapi minta maaf la my dear husband, binimu ini tak berapa nak rajin nak panjat.sebab sebelom g panjat kena la training dulu.aku ni bukan apa takut tengah-tengah dok panjat t pancit plak.xpasal-pasal nanti husband aku kena dukung aku sampai ke puncak gunung.kuang3.ujung minggu ni husband aku g panjat gunung nuang kat hulu langat.semalam sebelom dia bertolak aku p la teman dia g beli stok makanan dalam hutan nanti.ujung bulan ni kami nak g kota kinabalu.husband aku ajak g panjat gunung kinabalu.tapi aku cam besa la.tak mau gak.so dia kena la ikut cakap bini dia ni.aku tak pernah g sabah.so aku nak la g jalan-jalan makan angin.hehehe..tak sabaq nak tunggu ujung bulan.k la.wassalam.

Rabu, 29 Februari 2012

~tahniah~

Alhamdulillah....aku dengaq ramai member-member aku yang dah pregnant.
TAHNIAH!!!! kepada kamu semua..aku doakan korang semua selamat menjalani alam kehamilan dan selamat melahirkan baby yang comel dan sihat...Mudah-mudahan aku akan menyusul kemudian...amin....doakan untuk aku ye.sekarang aku dah boleh berpikiran +ve..mungkin ALLAH mahu menguji aku dan husband...

~Ya Allah, kurniakanlah zuriat kepada hambamu ini~



Isnin, 20 Februari 2012

perasaanku...

tiba-tiba hari ni aku rajin plak nak tulis kat blog...tak tau kenapa aku rasa down sangat sekarang..aku rasa sangat putus asa untuk berusaha.  Aku rasa malas nak layan orang.  Kadang-kadang aku rasa segelintir orang di sekeliling aku macam tak pernah pikir perasaan aku.  Setiap orang yang berkahwin mesti inginkan zuriat.  Sapa yang tak mau anak.  Aku malas nak bukak fb dah.  Sebab kalo bila log in ja mesti 'dia' terus start chat dan tanya 'dah ada isi ka'.  Masa aku pregnant sebelum ni aku tak pernah pun nak kecoh-kecoh tanya dia sebab aku tau soalan camtu sensitif.  tapi bila dia dah pregnant balik lepas gugur terus asyik tanya aku ja.  pastu sibuk citer yang dia dah pergi scan la.  harap maaf.  soalan yang akan menyakitkan hati aku, aku dah malas nak layan.  k la bye. tak dak mood la sekarang.

Khamis, 27 Oktober 2011

Tabahkan hati dengan ujian Ilahi

harini aku tiba-tiba rajin nak post dekat blog aku yang dah berhabuk ni...lepas apa yang terjadi kat aku pada 13 Oktober 2011, aku dah jadi malas nak wat keja...13 Oktober 2011 jadi sejarah dalam hidup aku dan my husband yang mana tarikh tu aku dah mengalami keguguran yang mana baby aku dah x ada dalam rahim aku lagi...tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila..zuriat yang amat-amat aku nantikan bersama husband dah gugur...tak tergambar kesedihan yang dirasa oleh aku...tapi aku REDHA..mungkin bukan rezeki aku..mungkin baby yang aku kandung haritu tak sempurna...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku...aku harap aku cepat dapat pengganti....walaupun husband aku x tunjuk yang dia sedih..tapi aku yakin dia pun rasa apa yang aku rasa......

"Luka itu pedih... menyucuk kalbu dan mendera jiwa..Hati rasa tersiat kerana kepedihan yang dirasakan. Hikmahnya tersirat. Sabar itu pengubat jiwa.Bersabar dengan ujian Ilahi walaupun saya tahu saya tidak mempunyai kekuatan maksimum."



"Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini dalam menempuh ujian yang telah berikan kepadaku. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku zuriat sebagai penyambung keturunanku dan suamiku. Amin Ya Rabbal Alamin..."







Isnin, 10 Oktober 2011

~malas nk mai keja~

aku bukan la malaih sangat nk mai keja...tapi apa yang hampa sume rasa bila kita datang keja untuk menghidu asap rokok orang yang pentingkan diri sendiri..aku xkisah sangat orang yang merokok ni...tapi aku kisah kalo orang merokok dalam ofis..pastu bilik dia plak depan meja aku dan dia plak tak reti nak tutup pintu bilik dia...aku la yang kena tadah hidung aku untuk hidu asap rokok dia...aku marah la gak kalo aku yang kena hidu tapi aku rasa amat marah dan amat tension bila aku teringat baby dalam perut aku pun kena hidu asap rokok dia tu...amat tidak patut...aku tau la hang tu pangkat tinggi tapi jangan la pentingkan diri aku..ingatlah orang-orang yang tak bersalah cam aku ngan anak aku yang bakal lahir nanti...huhuhu....

baby, ibu minta maaf sangat-sangat..ibu dah xtau nak wat cmna lagi..kalo abah kamu gaji banyak dah lama ibu berenti keja...ibu rela baby hidu udara bersih yang ibu sedut...ibu xsanggup nak bagi udara asap yang ibu sedut ni...

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG



Keguguran janin

Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi

Kematian janin dalam kandungan

Pendarahan dari uri (abruption placenta)

Kurang berat badan - 20 hingga 30%


KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI



Masalah dan penyakit pernafasan

Perkembangan kecerdasan otot terjejas

Jangkitan telinga

Leukeamia

Kanser otak 22%

Lelah - meningkat simptom lelah

Sindrom kematian secara mengejut
 
 
Ya Allah, aku mohon padamu agar perokok yang aku maksudkan insaf dan berhenti merokok di dalam ofis...aku mohon padaMu Ya Allah, lindungilah anak di dalam kandunganku ini...
amin...
 

Khamis, 4 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Salam semua...ada ke orang yg baca blog aku ni..
dah lama x update blog ni sebab tak dak benda yang nak diceritakan.aku harap Ramadhan kali ini aku dihadiahkan rezeki yang amat aku dambakan..Jeles tengok member-member yang lain beraya dengan anak..tapi aku?INSYAALLAH...ok la...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua....bye.

Go to fullsize image

Selasa, 21 Disember 2010

~kehilangan~

~21.12.2010~
genap 2 tahun abg aku yg amat kusayangi kembali ke rahmatullah....
kembali bertemu Penciptanya...
aku rasa masa cpt sangat bergerak..
xsangka abg aku dh pergi 2 tahun..
abg aku pergi dgn tenang dalam tidur nyenyaknya..
aku xsangka abg aku akan pergi seminggu sblm dia kawen..
seminggu sblm dia pergi aku sempat teman dia g beli barang-barang kawen..
masa kak aku call bgtau abg aku dah meninggal aku rasa cam xpercaya...
sbb aku tau abg aku xsakit pa2 pun...
Mungkin Allah amat menyanyanginya...
2 tahun aku rasa sepi tanpa panggilan tepon dari dia..
selalu kalo dia nak balik kmpung mesti dia ajak aku balik skali...
ye la...sbb aku dok kt putrajaya dia plak kt melaka...
1 jalan ja kalo nak balik kmpung..
masa dia baru meninggal aku susah sgt nak menerima kenyataan yang dia dah xdak..
tangan aku asyik nk pegang hp nk msg ngan call dia..
sbb semenjak aku dpt keja kt putrajaya ni kami jadi rapat..
kalo dia nk shopping dia mesti ajak aku teman dia..
masa aku kawen aritu aku rasa macam ada yang kurang..
walaupun aku bleh gelak-gelak tapi jauh di sudut ati aku, aku rasa kurang..
dah lama kami 1 family x b'kumpul ramai-ramai...
ye la kan...bukan senang sbb kami sume 10 beradik..
tahun ni Alhamdulillah la sbb sume dapat balik..
tapi abg aku xdak...
abg mie....ieda syg sgt kt abg mie...
ieda doakan agar abg mie tenang di sana...



ni gambar family aku masa wedding aku....sume nampak happy tapi jauh disudut ati kami, kami rindukan abg mie...

-
-
-
-

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
-
-
-
-
-
-
-
-
gambaq ni ihsan dari bakal isteri abg mie...gmbaq ni masa dia p beli baju utk hantaran...
abg aku ni sgt-sgt la happy go lucky...
aku xpernah nmpak dia sedih...
kami sume bangga ngan dia..
sbb dia sorang ja yang dpt study kt jepun...
kami sume study kt malaysia ja...
masa mak aku meninggal dia xdak..
dia xbleh balik sbb dia tgh final exam..
lpas dia abis exam dia terus blik malaysia...
dia x tunjuk pun yg dia sedih...
aku tau dia mau kami sume sedih...
abg mie...ieda rindu sgt kt abg mie....





Khamis, 16 Disember 2010

::hadiah buat kekasih::

27.12.2010 ni besday incik husband...
pening pala aku nk pikir nak bagi apa...
member opis soh aku beli t-shirt couple ja...
kalo nk bg wallet @ kemeja @ belt @ kasut, sume aku dh bagi masa kawen aritu...hahaha..
dahla la incik husband kena g kursus 26-28/12/2010...
xbleh nk celebrate sama-sama..(waaaaa)
bleh wish kt tepon ja....(cedih wooo)
masa besday aku incik husband belanja makan + adiah..
tiba-tiba je rasa rindu detik-detik tu...hehehe...
walaupun simple tapi amat bermakna...
thanks to incik husband...
aku tau dia xpernah pun baca blog aku ni...
dia cakap poyo je kalo nak tulis kt blog...
bleh dak kalo aku nak kongsi gak gambar-gambar masa besday aku..
layan je....
-
-
-
-
-
incik husband tgh lapaq tunggu makanan...sempat senyum lagi...wajah ni la yg wat aku tergila-gila...ewahhhh...hihihi

ni plak si isteri a.k.a aku la tu...hihihi...

ini menu aku yg punya...hihihi..kena byk makan sayur utk kuruskan badan...hahaha...

yg ni plak incik husband yg punya...

incik husband kalo dh jmpa mkanan camera pun dia xmau tgk dah...huhu

sampai tinggai tulang incik husband makan...kalo tulang ngan pinggan tu bleh makan aku rasa dah lama dia makan...hahaha

hadiah utk tahun ni special sikit...amat-amat bermakna sgt..bekalan utk dunia dan akhirat..
tima kasih incik suami...i love so much....muuaaah.....
-

Jumaat, 10 Disember 2010

::3 minggu::

alhamdulillah...
arini ni genap 3 minggu aku jd seorang isteri kepada seorang lelaki yg amat aku cintai...
Tima kasih kpd suami tercinta kerana sabar melayan karenah isteri sptku...
lepas kawen baru aku tau betapa beratnya tanggungjawab seorang isteri...
mulai skang aku akan berusaha utk merajinkan diriku ini...
chayok!chayok!,,,
wish me luck k.....
-
-
-
-



Khamis, 9 Disember 2010

::video kesukaan::

sejak akhir-akhir ni aku minat giler kt maher zain..aku rasa sume lagu-lagu dia best...muka pun ensem..hehehe..anak sedara aku siap hafal dia punya lirik...


yang ni lirik je....




video yg ni bru nmpak muka dia yang ensem tu...hihi


~3 tahun~

ari ni genap 3 tahun aku keja ngan gomen...hooray!! pas ni bleh la kuarkan duit kwsp...hihi

::Kursus Blog::

ari ni ada kursus wat blog...
bleh la aku belajaq untuk mencantikkan blog aku ni...
k...bye..

Rabu, 8 Disember 2010

~PUAN~

I'm back!!!
Lama betol aku x update blog nie....rasanya last update sblm posa aritu...bz nak kawen smpai xsempat nk berblogging...hihi....
ALHAMDULILLAH...
skang sume dah settle...skang aku dah jadi isteri kpd MOHD FAUZI BIN SABDIN...
mula-mula masuk keja rasa pelik bila orang pggil "PUAN"....(perasan cik lagi)kihkihkih...
ok la...aku dah malas nak melalut dah....bleh dak kalo aku nak mempoyokan diri aku ni ngan letak gambaq kawen aku...xpa kot...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tada
-
-
-

k la...nak wat keja plak....
bye...

Khamis, 26 Ogos 2010

~Doa pembuka 12 pintu kebaikan~

Ya Allah.....Bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Khamis, 12 Ogos 2010

Puasa oh Puasa....

ari ni masuk ari ke-2 aku berpuasa...moga2 aku dapat berpuasa dengan sempurna...Pagi2 bila dengaq orang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran rasa tenang je ati ni....kenapa tiba2 ati aku ni tiba2 teringat kat seseorang...sapa org tu biarlah rahsia...hihi...ntah la...i must think positive..bulan posa ni xbaik kita kutuk org kan...aku mesti berubah untuk jadi orang yang lebih baik...aku mesti berusaha untuk meningkatkan amalan2 yang baik, kena rajin baca al-Quran dan berusaha untuk menjadi wanita solehah....chayok2..aku mesti boleh..dah xmau wat dosa dah..bila pikir pasal dosa ni aku teringat akan mati...Ya Allah, aku mohon padaMu agar aku dimatikan dalam Islam dan dalam keadaan yang baik...Andai ditakdirkan umo aku xpanjang aku ingin memohon ampun dan maaf dari sume orang...Kalo xmo maafkan aku tak bleh nak paksa...aku redha...

Rabu, 11 Ogos 2010

~ayah & ibu~

Napa la tiba2 petang ni aku teringat sangat kat arwah mak...ntah la...selepas dikira-kira dah 13 tahun aku xdapat menjalani ibadah bersama mak...Mak, ieda rindu sangat-sangat kat mak...Untuk ayah, terima kasih kerana sanggup bersusah payah membesarkan 10 orang anak walaupun ketiadaan seorang isteri di sisi...Aku sepatutnya bersyukur kerana ada ibu dan ayah kerana ada insan yang lebih kekurangan dari aku...Ada insan yang diluar sana yang xpernah merasai kasih sayang ibu dan ayah...aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah meminjamkan ibu kepadaku  walaupun sekejap..sekurang-kurangnya aku sempat merasai kasih sayang seorang ibu...Sebak aku rasa bila aku pikir kawan-kawan bila nak kawen ada mak yang tolong uruskan...tapi aku....takpe la...mungkin Allah ingin menguji aku sebagai hambanya...Aku teringin sangat nk mak tengok aku bersanding nanti tp xpe la...Mungkin mak tengok aku dari jauh...Mak, walaupun dah lama mak pergi meninggalkan ieda tapi ieda tetap ingat dan sayang pada mak...xdak siapa yang boleh menggantikan tempat mak di hati ieda....