Khamis, 29 Mac 2012

SABAH PART 2

2nd day
pagi-pagi terus kemas beg sebab nak g breakfast dan terus check out.breakfast kt Kinabalu Pine Resort ada 3 pilihan ja.menu tempatan, western dengan japanese kot.kalo x silap aku la.husband aku pilih menu tempatan (nasi goreng seafood) dan aku plak pilih western.lepas makan kami tangkap gambaq kat area resort sebab pemandangan cantik kat resort tu.kita bleh tengok puncak gunung kinabalu.lepas dah abis bergambaq terus check out.destinasi pertama kami adalah tempat ala-la new zealand.cantik pemandangan kat sana tapi bau taik lembu je yang xtahan bila dah kluar dari kereta.tapi xpa la sebab dah bayar RM3 sorang masa nak masuk terpaksa la masuk gak.kalo dak rugi plak.kat sana kita bleh beli susu lembu yang fresh.sedap wooo susu lembu asli.hehehe.pastu kami g ke mesilau.orang yang minat panjat gunung bleh start panjat dari mesilau gak selain dari kinabalu park.lepas dah abis jalan-jalan kat sana husband ajak p Poring Hot Springs.nak masuk kat sini kena bayar RM3 sorang.husband aku ajak p canopy walkway (naik jambatan gantung) kena bayar RM3 sorang lagi.kalo bawak camera kena bayar RM5.aku ingatkan canopy walkway ni jalan2 atas jambatan gantung je rupanya kita kena panjat kaki gunung untuk sampai ke jambatan gantung.rasa letih sangat masa panjat sebab dah lama xaktif kan.jadi mengah la skit.lepas dah turun bawah cuaca plak mendung. aku ajak husband p rendam kaki kat kolam air panas.masa tengah merendam tu tiba-tiba hujan turun plak.kena la tunggu hujan reda dulu.petang jugak la kami kluar dari sana.then terus bertolak balik ke Kota Kinabalu. on da way kami singgah kat Pasar Nabalu.kat sini harga t-shirt dengan key chain murah skit berbanding dekat pasar filipine.lepas dah abis memborong key chain terus gerak balik ke Promenade Service Apartment.Malam kami makan kat pasar malam sana.rupa-rupanya kat KK ni semua benda kita kena mintak kurang..nak makan ikan bakar kat sana pun kita kena tawar menawar harga ikan bakar tu.lepas dah kenyang aku terus balik ke bilik untuk zzzzzzz....
k la..nanti kalo rajin aku update 3rd day plak.
wassalam.















Rabu, 28 Mac 2012

SABAH PART 1

akhirnya...aku selamat pulang dari melancong ke Sabah.bukan nak buat poyo tapi just nak share pengalaman aku sepanjang di sana.mungkin ada segelintir orang akan cakap 'dia tak pa la bleh p jalan-jalan sebab x dak anak lagi.tapi bagi aku, ada aku kesah.xpayah la nak bagi alasan xbleh nak p jalan-jalan kalo dah ada anak kecik ni.jangan jadikan anak sebagai alasan ye.masa aku g Sabah haritu ramai ja yang bawak anak kecik..ada yang bawak anak berderet lagi.aku paling sakit ati kalo cakap kat aku camtu.ingat aku ni xdak perasaan ka.Mungkin Allah bagi rezeki awal dekat korang..aku redha.
ok la..xmau pikir pasal dorang yang sangat menyakitkan hati aku..
meh aku cerita detik-detik manis sepanjang aku di Sabah.

1st Day
 mula-mula aku sampai dekat Kota Kinabalu Airport aku kena tunggu hampir sejam untuk kereta sewa yang husband aku dah booking awal.Kami booking kereta saga blm tapi yang sampai kereta myvi tapi xpa la sebab rate harga tetap RM100/hari.sepatutnya harga myvi baru cam yang kami dapat harga RM160/hari.Pastu kami terus g check in Promenade Service Apartmert. nasib baik bleh check sebab masa kami p awal lagi..Promenade Service Apartment ni murah je rate dia.kalo dah bayar online cam kami bleh dapat harga RM50/day..kalo g walk in dalam RM70 lebih la.bilik yang kami dapat besar jugak la.siap ada dapor lagi.sangat puas ati.beg baju kami simpan dalam keta dulu.lepas rehat kt hotel, kami p makan kat area pekan KK.Then husband ajak g Kinabalu Park.Jauh gak KK ke Kinabalu Park.on da way, kami singgah dekat rumah terbalik kat kampung Bentayan, Telibong.kalo nak masuk rumah ni kena bayar RM10.kalo nak masuk xbleh tangkap gambar.pastu bleh masuk 10 minit ja.aku xmasuk pun.just tangkap gambar kat luar ja..lepas dah abis bergambar kami terus g Kinabalu Park.nak masuk Kinabalu Park ni kena bayar RM3 seorang..Kinabalu Park tempat untuk orang yang p mendaki gunung Kinabalu tapi aku p la platform untuk orang start mendaki.tempat ni sejuk sangat.lagi sejuk dari cameron highlands.lepas dah abis pusing-pusing husband cadang nak jalan-jalan lagi kt area kundasang.soo kami pun check in kat Kinabalu Pine Resort.harga RM195 untuk 1 bilik sekali dinner dengan breakfast.makanan untuk dinner dengan breakfast berbaloi la.rasa pun bleh tahan.yang aku suka depa punya pelayan.sangat-sangat peramah. kat bawah ni gambar-gambar aku masa 1st day.

rumah terbalik
rumah terbalik.

kereta pun terbalik jugak

Kinabalu Park

tempat untuk start mendaki








ok lah...nanti aku update 2nd day plak.wassalam..

Sabtu, 3 Mac 2012

hobi oh hobi

boring betol bila kena dok sorang-sorang kat umah ujung minggu camni.tapi xpa la.nak support hobi husband punya pasal kan.kena redha je la.mesti sume orang ada hobi yang tersendiri.macam aku dulu suka baca novel.skang dah malas nak baca dah sebab skang lebih suka tengok tv ja.hahaha.husband aku plak dari zaman bujang sampai skang suka sungguh panjat gunung.dulu zaman sebelom kawen dengan aku tiap-tiap tahun dia g panjat gunung kinabalu.dia ingat lepas kawen aku nak la join hobi dia tu.tapi minta maaf la my dear husband, binimu ini tak berapa nak rajin nak panjat.sebab sebelom g panjat kena la training dulu.aku ni bukan apa takut tengah-tengah dok panjat t pancit plak.xpasal-pasal nanti husband aku kena dukung aku sampai ke puncak gunung.kuang3.ujung minggu ni husband aku g panjat gunung nuang kat hulu langat.semalam sebelom dia bertolak aku p la teman dia g beli stok makanan dalam hutan nanti.ujung bulan ni kami nak g kota kinabalu.husband aku ajak g panjat gunung kinabalu.tapi aku cam besa la.tak mau gak.so dia kena la ikut cakap bini dia ni.aku tak pernah g sabah.so aku nak la g jalan-jalan makan angin.hehehe..tak sabaq nak tunggu ujung bulan.k la.wassalam.

Rabu, 29 Februari 2012

~tahniah~

Alhamdulillah....aku dengaq ramai member-member aku yang dah pregnant.
TAHNIAH!!!! kepada kamu semua..aku doakan korang semua selamat menjalani alam kehamilan dan selamat melahirkan baby yang comel dan sihat...Mudah-mudahan aku akan menyusul kemudian...amin....doakan untuk aku ye.sekarang aku dah boleh berpikiran +ve..mungkin ALLAH mahu menguji aku dan husband...

~Ya Allah, kurniakanlah zuriat kepada hambamu ini~



Isnin, 20 Februari 2012

perasaanku...

tiba-tiba hari ni aku rajin plak nak tulis kat blog...tak tau kenapa aku rasa down sangat sekarang..aku rasa sangat putus asa untuk berusaha.  Aku rasa malas nak layan orang.  Kadang-kadang aku rasa segelintir orang di sekeliling aku macam tak pernah pikir perasaan aku.  Setiap orang yang berkahwin mesti inginkan zuriat.  Sapa yang tak mau anak.  Aku malas nak bukak fb dah.  Sebab kalo bila log in ja mesti 'dia' terus start chat dan tanya 'dah ada isi ka'.  Masa aku pregnant sebelum ni aku tak pernah pun nak kecoh-kecoh tanya dia sebab aku tau soalan camtu sensitif.  tapi bila dia dah pregnant balik lepas gugur terus asyik tanya aku ja.  pastu sibuk citer yang dia dah pergi scan la.  harap maaf.  soalan yang akan menyakitkan hati aku, aku dah malas nak layan.  k la bye. tak dak mood la sekarang.

Khamis, 27 Oktober 2011

Tabahkan hati dengan ujian Ilahi

harini aku tiba-tiba rajin nak post dekat blog aku yang dah berhabuk ni...lepas apa yang terjadi kat aku pada 13 Oktober 2011, aku dah jadi malas nak wat keja...13 Oktober 2011 jadi sejarah dalam hidup aku dan my husband yang mana tarikh tu aku dah mengalami keguguran yang mana baby aku dah x ada dalam rahim aku lagi...tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila..zuriat yang amat-amat aku nantikan bersama husband dah gugur...tak tergambar kesedihan yang dirasa oleh aku...tapi aku REDHA..mungkin bukan rezeki aku..mungkin baby yang aku kandung haritu tak sempurna...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku...aku harap aku cepat dapat pengganti....walaupun husband aku x tunjuk yang dia sedih..tapi aku yakin dia pun rasa apa yang aku rasa......

"Luka itu pedih... menyucuk kalbu dan mendera jiwa..Hati rasa tersiat kerana kepedihan yang dirasakan. Hikmahnya tersirat. Sabar itu pengubat jiwa.Bersabar dengan ujian Ilahi walaupun saya tahu saya tidak mempunyai kekuatan maksimum."



"Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini dalam menempuh ujian yang telah berikan kepadaku. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku zuriat sebagai penyambung keturunanku dan suamiku. Amin Ya Rabbal Alamin..."







Isnin, 10 Oktober 2011

~malas nk mai keja~

aku bukan la malaih sangat nk mai keja...tapi apa yang hampa sume rasa bila kita datang keja untuk menghidu asap rokok orang yang pentingkan diri sendiri..aku xkisah sangat orang yang merokok ni...tapi aku kisah kalo orang merokok dalam ofis..pastu bilik dia plak depan meja aku dan dia plak tak reti nak tutup pintu bilik dia...aku la yang kena tadah hidung aku untuk hidu asap rokok dia...aku marah la gak kalo aku yang kena hidu tapi aku rasa amat marah dan amat tension bila aku teringat baby dalam perut aku pun kena hidu asap rokok dia tu...amat tidak patut...aku tau la hang tu pangkat tinggi tapi jangan la pentingkan diri aku..ingatlah orang-orang yang tak bersalah cam aku ngan anak aku yang bakal lahir nanti...huhuhu....

baby, ibu minta maaf sangat-sangat..ibu dah xtau nak wat cmna lagi..kalo abah kamu gaji banyak dah lama ibu berenti keja...ibu rela baby hidu udara bersih yang ibu sedut...ibu xsanggup nak bagi udara asap yang ibu sedut ni...

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG



Keguguran janin

Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi

Kematian janin dalam kandungan

Pendarahan dari uri (abruption placenta)

Kurang berat badan - 20 hingga 30%


KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI



Masalah dan penyakit pernafasan

Perkembangan kecerdasan otot terjejas

Jangkitan telinga

Leukeamia

Kanser otak 22%

Lelah - meningkat simptom lelah

Sindrom kematian secara mengejut
 
 
Ya Allah, aku mohon padamu agar perokok yang aku maksudkan insaf dan berhenti merokok di dalam ofis...aku mohon padaMu Ya Allah, lindungilah anak di dalam kandunganku ini...
amin...